Penangan Kieda Crepe, beratur sampai 3 jam di Ipoh

Lain macam punya ramai orang jelajah Kieda Crepe kali ini di Ipoh, betul-betul banjir dengan orang. Sedap sangat ke? Ada yang dah try?

Itulah persoalan yang penting timbul dalan kalangan pengguna media sosial, ramai yang memberi respons berhubung dengan jelajah Kieda Crepe.

“Boleh tahan gak, harga crepe lebih kurang sama je. Cuma crepe Kieda jelah maybe lain kot, tak sure ni kena support vendor ke tak,” kata salah seorang pengguna FB.

Bagaimanapun mereka yang tidak sempat boleh standby pada 7 oktober ini kat Alor Setar. Beratur lepas subuhlah kalau gini.

Orang yang kerap menggunakan media sosial TikTok pastinya anda cukup kenal dengan seorang usahawan yang popular dengan menjual manisan yang dikenali ramai Kieda.

Kieda Crepe serta kerap mempromosikan hidangannya menerusi kedai yang diusahakan secara vendor membuatkan orang ramai sanggup beratur panjang untuk mendapatkannya.

Sebelum ini beliau berniaga di Pulau Pinang telah menjalankan tour di beberapa tempat termasuk di Ipoh yang menyaksikan sambutan yang luar biasa oleh para pelanggan.

Difahamkan orang ramai sanggup beratur panjang melebihi 3 jam dalam mendapatkan manisan Kieda Crepe ini.

Perkongsian sambutan hangat terhadap Kieda Crepe telah dikongsikan menerusi Facebook rasmi beliau iaitu Khalieda Yusra yang telah mendapat para netizen.

Terdapat netizen yang mendoakan semoga beliau terus dimurahkan rezeki. Tidak kurang juga yang memaklumkan agar beliau berhati-hati agar tidak lagi menimbulkan kontroversi lagi selepas ini.

Sebelum ini, Kieda Crepe telah mendapat perhatian ramai setelah tour yang dijalankan beliau di Shah Alam telah menimbulkan isu apabila terdapat pelanggan yang mahu menyerang beliau setelah gagal dapatkan Kieda Crepe selepas 3 jam beratur.

Baca juga: Beruang naik atas meja makan, pengunjung keras macam batu sambil tutup muka kanak-kanak