Penat naik turun Mahkamah, Aishah masih tak dapat tanah yang dijanjikan

  • Post author:

Penyanyi dan juga pemenang Gegar Vaganza 4, Wan Aishah Wan Ariffin atau lebih dikenali sebagai Aishah masih belum mendapatkan tanah yang dijanjikan kepada ketika memenangi Gegear Vaganza musim ke 4 pada tahun 2017.

Lima tahun sudah berlalu,  pelantun suara ‘Janji Manismu’ ini memberitahu dia terpaksa ke mahkamah hari ini, untuk kes tuntutan hadiah tanah selepas berjaya memenangi sebuah program nyanyian.

“Kenapalah menyusahkan orang, masa dan kos. Kalau dah berjanji untuk beri hadiah tunaikanlah saja. Kalau tak, elok jangan mimpi nak jadi penaja. Berapa tahun dah menunggu, tetapi hingga sampai naik ke mahkamah juga.”

Hanya mahu tuntut hak

Di akhir posting, Aishah memohon doa agar urusannya dipermudahkan. Sebagai pemenang dan penyanyi, Aishah memberitahu dia hanya mahu menuntut hak yang telah dijanjikan sahaja.

“Jangan buat begini kepada anak seni,” tambah Aishah.

Terpaksa tangguh rehat

Menurut Aishah, impian dan mimpinya akhirnya menjadi kenyataan selepas berjaya menyelesaikan Konsert Aishah & MPO : A Symphonic Rendezvous pada hari Sabtu yang lalu lapor Oh!Bulan.

Walaupun dua kali dijangkiti COVID-19 dalam tempoh lima bulan hingga 20 peratus paru-parunya rosak, Aishah mengaku gementar memikirkan setiap aksi yang bakal dipamerkan di hadapan para peminat, kawan-kawan dan keluarga.

Namun begitu, Aishah berkata niatnya untuk berehat seketika terpaksa dilupakan disebabkan isu yang masih tidak menemui jalan penyelesaian ini.

Baca Juga: Aina Abdul hampir-hampir nyanyi sambil duduk, nasib penari selamatkan masa jatuh

Baca juga: Kecoh persoal kerusi duduk: ‘B40 ni masalahnya lebih suka bayar duit rokok’