Hantaran yang dibuat pelakon terkenal, Michelle Yeoh dalam laman instagramnya menimbulkan pelbagai tanda tanya dari netizen.
Melalui perkongsian itu, Michelle meluahkan rasa kagum hingga ramai mengandaikan bayi tersebut merupakan anak angkatnya bersama Jean Todt.
Namun tiada sebarang berita mengenai kandungannya diterbitkan sebelum ini.
“Sedikit keajaiban pada hari pertama tahun 2024 dan kami berasa sangat diberkati.
“Tidak dapat menggambarkan betapa gembiranya kami dengan hadiah istimewa ini,” kata bintang filem Everything Everywhere All at Once itu.
Melihat kenyataannya menimbulkan tanda tanya ramai, Michelle kemudian menjelaskan bahawa bayi tersebut adalah cucunya yang bernama Maxime.
Difahamkan, bayi tersebut merupakan anak kepada Nicholas Todt iaitu anak kepada hasil perkahwinan suaminya yang terdahulu.