Seorang pencari harta karun telah menjumpai emas yang menyerupai nugget dan dipercayai sebagai yang terbesar yang pernah ditemui di England.
Richard Brock menemui nugget emas seberat 64.8 gram tersebut di Bukit Shropshire, berdekatan dengan sempadan Wales.
Saiz nuget emas itu juga menyamai syiling 50 pence Britain.
Penemuan tersebut dikenali sebagai “Hiro’s Nugget” dan diberi nilai anggaran antara £30,000 (RM179,620.8) hingga £40,000 (RM239,494.4).
“Hiro’s Nugget dianggap sebagai ‘penemuan yang luar biasa’, kata jurulelong Ben Jones dari Mullock Jones kepada CNN
Pemegang rekod semasa bagi nugget emas terbesar di Britain adalah Reunion Nugget, yang memiliki berat sebanyak 121.3 gram dan ditemui di Scotland pada tahun 2019.
Baca juga: PM tempelak Ahli Parlimen gaji puluhan ribu mengaku B40, “Dia dari benua mana?”