Mayat pendaki Jerman yang hilang 37 tahun yang lalu akhirnya ditemui akibat daripada glasier yang mencair di pergunungan Switzerland adalah pendaki Jerman yang hilang sejak 1986.
The Guardian melaporkan pendaki gunung itu hilang ketika menyeberangi glasier berhampiran Gunung Matterhorn hampir 40 tahun lalu, sebelum akhirnya mayat pendaki berkenaan ditemukan di dalam ais yang mencair.
Dua pendaki menemui satu mayat pada 12 Julai lalu ketika mendaki di sepanjang Theodul Glacier di Zermatt, Valais, selatan Switzerland, kata polis pada Khamis.
Pencairan glasier mendedahkan mayat itu yang kemudian dikenal pasti sebagai pendaki Jerman.
Polis Kanton Valais dalam satu kenyataan berkata, analisis menerusi ujian asid deoksiribonukleik (DNA) membawa kepada pengecaman identiti seorang pendaki gunung yang hilang sejak 1986.
“Pada September 1986, seorang pendaki Jerman yang berusia 38 tahun ketika itu, dilaporkan hilang selepas tidak pulang dari pendakian,” kata polis dalam satu kenyataan.
Polis bagaimanapun tidak memberikan maklumat tambahan mengenai identiti pendaki atau keadaan kematiannya, Mereka hanya menerbitkan gambar tapak penemuan, but mendaki dengan tali merah melekat di salji.
Polis berkata, analisis forensik dijalankan ke atas mayat itu di Hospital Valais di bandar Sion, dan pakar mengaitkannya dengan kehilangan pendaki itu pada 1986.
Tahun lalu, pakar merekodkan kadar pencairan paling teruk glasier di Switzerland sejak lebih seabad lalu.
Baca juga: Ramai betul yang minat kucing Maine Coon kerana saiz sebesar anjing, tapi…