Pendakwah muda pula kecam Khairuddin,dakwa double standard

Selepas orang politik, artis dan rakyat biasa mencemuh tindakan membebaskan menteri Pas selepas melanggar kuarantin, para pendakwah pula menyertai mereka.

Firdaus Wong dalam facebook beliau memberikan peringatan, “Nabi Muhammad sebut umat terdahulu hancur kerana double standard dalam menghukum.”

“Bila orang berkedudukan atau kaya buat salah dilepaskan, tetapi orang miskin atau marhaen buat salah dihukum.

“Nantilah hukuman dariNya andai kita terus double standard dalam menghukum,” tulis pendakwah itu dalam facebook beliau.

Firdaus yang sebelum ini banyak mengkritik kerajaan Pakatan Harapan membuat naik status itu selepas Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali di lepaskan tanpa tindakan oleh Jabatan Peguam Negara walaupun mengaku melanggar perintah kuarantin.

Sebelum ini, pelbagai pihak mengkritik tindakan double standard kerajaan sehingga seorang pelakon, Douglas Lim membuat satu video klip bagi membuktikan double standard tape tidak melekat kepada kabinet dapor.

COMMENTS