Pendakwah PAS gelar frontliner anak haram,P.Pinang haramkan Husam dakwah

Berikutan kecoh dengan isu Pendakwah terkenal, Ustaz Ahmad Husam yang mengatakan anak haram kepada frontliner,iaitu anggota RELA, Ahli Majlis Agama Islam Negeri P.Pinang, Syed Mohamad Nazli bin Syed Ahmad Jamalullail membuat satu kenyataan di bawah:

“Berikutan isu Ustaz Ahmad Husam bin Baderuddin yang sedang heboh diperkatakan, saya nyatakan disini :

Mesyuarat Khas Bil.2/2019 Majlis Agama Islam Negeri P.Pinang, telah memutuskan bahawa :

Ustaz Ahmad Husam bin Baderuddin, adalah tidak dibenarkan untuk terlibat dalam segala bentuk aktiviti keagamaan seperti memberi ucapan, ceramah, tazkirah dan menyampaikan khutbah di masjid dan surau seluruh negeri Pulau Pinang.

Ketetapan diatas berkuatkuasa bermula pada 13-September-2019.

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pinang melalui Pejabat Agama Daerah hendak lah dirujuk, seandainya berlaku sebarang pelanggaran terhadap ketetapan ini.”

Syed Mohamad Nazli bin Syed Ahmad Jamalullail.
Ahli Majlis Agama Islam Negeri P.Pinang.
28-Jan-2021.

COMMENTS