Pendakwah PAS kecam pihak yang sengaja jatuhkan Azam Baki, tuduhan tidak berasas

Pendakwah PAS, Dasuki Rani harini mengecam pihak yang sengaja menjatuhkan maruah Pesuruhjaya SPRM Azam Baki harini. Berikut merupakan tulisan beliau di media sosial :-

Bagi menumbangkan pokok yg teguh, mestilah di kerat akar tunjangnya, demikianlah apa yang sedang di lakukan terhadap SPRM sehari dua ini, bagi menghilangkan keyakinan dan kepercayaan kepada SPRM maka di timbulkan isu bagi menghilangkan keyakinan dan ketelusan SPRM itu oleh musuh musuh kepada SPRM itu, asasnya Ketua kepada badan ini mestilah di nampakkan kotor dan keji.

Di carilah beberapa isu bagi mengoyahkan kekuatan asas kepada badan ini.

Bagi saya Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Dato Sri Azam Baki dan seluruh warga SPRM tidak perlu akur dan tunduk kepada serangan ini, bahkan semakin bertegas dalam bertindak isu rasuah dan integriti yang sedang merosakkan negara kita ini.

Pastikan mereka yang melakukan pengkhianatan kepada negara ini di dakwa di mahkamah, dan memberi pengajaran yang besar dalam hidup mereka di dunia sementara ini.

Mereka sedang menggelupur di saat ini!!! Kami tetap bersama dengan kebenaran!!!

COMMENTS