Penduduk Lopburi, Thailand kini boleh menarik nafas lega apabila seekor monyet nakal yang menyerang kampung mereka akhirnya ditangkap.
Menurut beberapa penduduk, kehadiran monyet tersebut turut mengganggu perniagaan mereka serta kerap mencuri seluar dalam wanita.
Menurut seorang peniaga dikenali sebagai Ai Waeng, monyet itu berulang kali mencuri barangan di kedainya malahan usahanya memasang jeriji juga gagal.
Turut menghairankan, monyet itu gemar memakai seluar dalam yang dicurinya tanpa ada perasaan malu.
Setelah beberapa waktu berlalu, dia menawarkan sejumlah wang kepada sesiapa yang mampu menangkap haiwan nakal tersebut.
“Kami tidak dapat menjalankan perniagaan kami dengan aman. Setiap kali kami menoleh, ada sesuatu yang hilang. la membuatkan kami marah,” ujarnya.
Monyet itu akhirnya berjaya ditangkap selepas pegawai dari Jabatan Taman Negara, Pemuliharaan Hidupan Liar dan Tumbuhan memasang perangkap di kawasan berkenaan.
Baca juga: Tidak mahu insiden ‘melompat’ lagi, Bersatu tuntut ahli tandatangani akujanji setia pada parti