Penebar roti canai dicari! Tawar gaji RM5,000 serta tempat tinggal percuma

Sebuah syarikat di Singapura sedang mencari pembuat roti canai dari Malaysia, dengan tawaran gaji sebanyak RM5,000 sebulan

Menurut laporan Mothership.sg, syarikat tersebut telah menempatkan iklan terbabit di salah satu akhbar tempatan di Malaysia.

Selain daripada gaji yang tersebut, pekerja juga ditawarkan makanan, ruang solat, serta tempat tinggal.

Iklan tersebut juga meminta individu yang berminat untuk memohon jawatan ini untuk menghubungi mereka melalui WhatsApp.

Iklan tersebut menarik perhatian ramai disebabkan gaji yang dianggap cukup lumayan.

Baca juga: “Geli tengok cara mak mertua masak, tak lalu nak makan sampai tiap kali datang aku renung je”