Majlis Tilawah dan Hafazan Peringkat Kebangsaan Tahun 1443H/2023M telah diadakan di Pusat Konvensyen PICCA Arena Butterworth, Pulau Pinang dan diadakan selama enam hari dari 11 Jun hingga 16 Jun.
Namun kecoh apabila pendakwah dan penulis, Ustaz Mohd Hariri memberi teguran kepada penonton baru-baru ini.
Menurut kandungan yang dimuat naik pendakwah tersebut, dirinya terpaksa menegur penonton dengan tegas kerana menjerit ketika majlis berlangsung.
“Segelintir penonton di dewan yang mengikuti bacaan Qari dan Qariah menyahut dengan sebutan “Allah” atau kalimah kalimah membesarkan Allah dengan menjerit jerit.
“Lebih mendukacitakan lagi jeritan itu dibuat tanpa adab dan ilmu,” jelasnya.
Memerhatikan dari situasi, setiap Qari dan Qariah mengalunkan seni tarannum jawabul jawab atau burdah luar biasa, penonton menyahut dengan jeritan yang keras.
“Ada juga yang mengikut jeritan kerana seronok orang lain melakukannya dan diakhiri dengan gelak ketawa.”
Situasi ini telah menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan pengajar al quran dan mereka meminta dirinya untuk tampil menegur.
Penganut agama Islam dinasihati agar menjaga adab ketika mendengar alunan ayat al-Qur’an
Beliau juga menasihati orang ramai yang mendengar alunan bacaan ayat suci al quran supaya lebih menjaga adab.
“Dengarlah bacaan Al-Quran dengan beradab dan jika mahu menyebut nama Allah, dibolehkan namun dilakukan dengan penuh hormat, menghayati isi kandungan Al-Quran dan tadabbur kepada ayat tersebut yang mengesan di hati.”
Katanya, perkara ini termaktub dalam firman Allah S.W.T dalam surah Al Aaraf pada ayat ke-204:
وَإِذَا قُرِىءَ الْقُرْآنُ فَاسْتَمِعُواْ لَهُ وَأَنصِتُواْ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ
Maksudnya: Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untu mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat.
Ibn Kathir pula berkata:
“Allah SWT menyuruh manusia supaya senyap ketika mendengar bacaan al-Quran sebagai mengagungkannya dan menghormatinya tidak sepertimana yang telah dilakukan oleh orang kafir musyrikin Quraish iaitu dengan kata mereka: “Dan orang-orang yang kafir berkata: “Janganlah kamu mendengar Al-Quran ini (dengan nyayian-nyanyian dan jeritan-jeritan riuh rendah serta tepuk sorak)”
Pada akhir kenyataannya, beliau berharap penonton sentiasa beradap dengan al-quran.
“Sebagai orang beriman, kita mesti dapat membezakan Majlis Tilawah Al-Quran dengan majlis nyanyian.” jelasnya.
Baca juga: “Kau ingat gelek di khalayak tu dapat pahala ke?” Kali ini Ifa Raziah ditegur pula ustaz Pas