Pengacara TV popular dikecam taktahu siang ikan- “Alamatnya tak berasaplah dapur”

Seorang lelaki yang memuat naik rakaman video pengacara televisyen (TV) yang tidak pandai memasak menerima kritikan hebat daripada pengguna media sosial.

Dalam video berdurasi 15 saat yang dimuat naik di aplikasi X @Cool_Wannabe82, terlihat dua pengacara wanita menyiang ikan menggunakan pisau.

Namun salah seorang daripada mereka kelihatan kurang mahir ketika melakukan tugas tersebut yang menyebabkan mendapat kritikan dari netizen.

Pemilik video juga sempat membandingkan kemahirannya dalam menyiang ikan dengan mengatakan bahawa walaupun sebagai seorang lelaki, dia lebih pandai melakukannya.

“Aku yang lelaki ini pun tahu siang ikan, kalau macam ini alamatnya tak berasaplah dapur,” tulisnya sinis.

Beberapa netizen berpendapat bahawa wanita tersebut masih boleh memasak walaupun tidak mahir menyiang ikan, kerana boleh meminta bantuan peniaga ketika membelinya di pasar raya.

“Sekarang dah banyak kedai siap servis siang ikan. Kalau ikan siakap tu boleh pilih nak belah dua ke potong kecil ke terpulang,” komen Nisa.

“Kenapa nak susah-susah siang ikan, di kedai pun orang boleh tolong siangkan,” tambah Afiqah.

“Bukan perempuan je kena pandai siang ikan, lelaki pun kena tahu. Takkan lelaki siang ikan pun tak boleh buat,” ujar Sya.

Perkongsian di aplikasi X tersebut menjadi viral, meraih 2.7 juta tontotan dan 1,800 tanda suka.

Baca juga: Rupanya tak boleh simpan telur di pintu peti sejuk, ini sebabnya yang anda kena tahu..