BENTONG, 09 MEI 2021 - Anggota penguatkuasa menjalankan pemeriksaan dokumen rentas negeri ke atas pemandu di dalam tinjauan sekatan jalan raya di Plaza Tol Bentong, Lebuhraya Pantai Timur menuju ke Kuantan berikutan larangan rentas negeri ketika tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 07 Mei 2021 di sini, hari ini. Gambar; MUHAMAD IQBAL ROSLI/PIX ONLY

Penganjur Himpunan #TangkapAzamBaki dakwa polis akan tutup 58 jalan di KL

  • Post author:
  • Post comments:0 Comments

Penganjur demonstrasi anti-Azam Baki mendakwa polis akan menutup 58 jalan di sekitar Kuala Lumpur esok bagi menghalang orang ramai menyertai perhimpunan itu.

Memetik dari Malaysiakini, mereka justeru meminta polis mengesahkan perkara itu.

Semalam aktivis Adam Adli, yang dianggap antara tulang belakang perhimpunan itu, berkata perhimpunan esok diteruskan seperti dirancang.

Dia mengumumkan komitmen itu kepada pemberita sejurus selepas disiasat polis berkaitan poster berkaitan perhimpunan itu.