Pengantin berjimat next level! Nekad hidang Indomie pelbagai perisa untuk tetamu, siap buat buffet lagi

Satu majlis perkahwinan di Ciracas, Jakarta Timur menarik perhatian pengguna media sosial kerana menyajikan mi segera kepada tetamu undangan.

Berdasarkan video yang dikongsikan di platform TikTok, pihak tuan rumah kelihatan menyajikan pelbagai perisa mi segera termasuk ayam, bawang, soto, dan mi goreng kepada tetamu undangan.

Turut disajikan semasa majlis perkahwinan pada 22 Disember lalu adalah pelbagai bahan pelengkap untuk hidangan tersebut seperti sayur, bakso, sambal, dan kicap.

Junhadi Affan ialah individu yang bertanggungjawab memberikan cadangan kepada pasangan tersebut, dan dia juga kelihatan terkejut apabila cadangannya diterima.

“Ini adalah menu baharu daripada kedai saya iaitu Indomie. Saya sudah berbincang dengan pasangan pengantin untuk menyediakan 100 bungkus mi segera.

“Saya mencadangkan idea ini kepada mereka kerana belum pernah ada lagi pengantin yang bersetuju sebelum ini,” katanya.

Baca juga: Senang je nak bagi Kek Coklat Moist cantik berderai, tambah 1 bahan ini je