Pengantin lelaki ‘kecut perut’, semua bekas teman wanita jadi ‘bridesmaid’ ketika perkahwinan

Seorang pengantin lelaki di China terkejut apabila mendapati semua pengiring yang dipilih oleh pengantin perempuan merupakan bekas teman wanitanya, demikian dilaporkan oleh laman berita Thaiger semalam.

Majlis perkahwinan pasangan itu berlangsung di bandar Chongqing selepas mereka menjalin hubungan selama dua tahun.

Wanita yang bernama Liu mendapati bahawa beberapa daripada rakannya pernah menjalin hubungan romantis dengan bakal suaminya.

Untuk mengatasi kekecewaannya, Liu memilih untuk berseloroh dengan bakal suaminya.

Liu kemudian menjemput wanita-wanita tersebut untuk menjadi pengiring semasa majlis perkahwinan mereka.

Apabila pengantin lelaki memasuki bilik, dia kelihatan terkejut melihat wajah-wajah yang dikenali iaitu bekas teman wanitanya yang semuanya memakai gaun pengiring pengantin.

Namun, dengan cepat pengantin lelaki kembali tenang dan meneruskan majlis perkahwinan.

Baca juga: Terlalu gila teknologi! Wanita ini tanam 52 cip logam dalam kulit..siap dapat Guinness World Records lagi