Pengasas Kosmetik selamba edar produknya di SJR buat netizen geram

Seperti yang ramai sedia maklum, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedang dilangsungkan di Malaysia sekaligus Sekatan Jalan Raya (SJR) turut diadakan dalam memantau pergerakan orang ramai.

Di sebalik tugas yang dijalankan frontliner, tular baru-baru ini di Twitter di mana seorang lelaki yang dikatakan seorang pengasas produk kecantikan turut bersama di SJR bersama anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) di SJR.

Menerusi video yang tular, lelaki berkenaan dilihat mengedar bungkusan produk ke mana para pemandu yang melalui SJR. Tindakan yang dilakukan sekaligus menimbulkan persoalan buat para netizen mengenai kebenaran yang diterima lelaki ini untuk mengedar produk sewaktu SJR.

Berikut merupakan respon netizen mengenai tindakan yang dibuat pengasas produk kecantikan ini.

Setakat ini, pengasas produk kecantikan ini masih belum memberikan sebarang respon dan menjawab persoalan netizen mengenai tindakan beliau yang berada di SJR sewaktu musim PKP ini.

sumber : https://www.thevocket.com/edar-produk-di-sjr-inisiatif-pengasas-jenama-kecantikan-ini-dipersoal-netizen/