Pengemis kutip makanan dalam rumah sampah rupanya jutawan

Laman berita Oddity Central melaporkan bahawa seorang lelaki berusia 80 tahun dari Jerman telah digelar sebagai jutawan paling jimat di dunia.

Ini kerana dia memilih untuk hidup dengan menggunakan makanan dan barang-barang yang ditemui di tempat pembuangan sampah, walaupun memiliki beberapa hartanah bernilai jutaan euro.

Walaupun begitu, Heinz B mungkin hanya mempunyai €15 euro (RM77.67) dalam akaun banknya pada masa ini.

Ini kerana jumlah baki yang sedikit itu disebabkan oleh pembelian rumah baru beliau yang bernilai €700,000 (RM3.6 juta), yang merupakan rumah kesepuluhnya.

Manakala baki €100,000 lagi (RM517,803) telah dipindahkan ke deposit jangka tetap bagi menghasilkan faedah.

Walaupun Heinz B mungkin tidak kelihatan seperti orang kaya, namun sebagai seorang warga emas beliau mempunyai pengetahuan untuk meningkatkan kekayaannya dan telah mengamalkan penjimatan sepanjang hidupnya.

Dia turut akui hidupnya lebih gembira apabila mencari makanan di tempat pembuangan sampah.

Baca juga: “Sebelum kahwin janji nak belikan kereta, ini sampai TV pun langsung takde kat rumah daif betul hidup suami”