Penggemar kaki ayam wajib tahu ‘trick’ keluarkan tulang ayam, lagi senang nak makan lepas ni

Kaki ayam memang kaya dengan khasiat. Menurut satu kajian yang dijalankan oleh Universiti Taiwan, makanan ini diakui sebagai sumber alternatif yang baik untuk mendapatkan kolagen.

Namun, ada beberapa orang yang tidak gemar memakan kaki ayam kerana dianggap kotor. Padahal, sebenarnya makanan ini memberikan sumber kesihatan yang baik untuk tubuh manusia, terutamanya bagi kaum wanita.

Jika ditanya kepada peminat makanan ini, mereka pasti akan menyatakan kegemaran terhadap sebarang hidangan yang melibatkan kaki ayam, terutamanya kerabu kaki ayam ala-ala Siam. Hanya dengan membayangkan kelazatan hidangan ini, rasa kepuasan pasti muncul.

Selepas tonton video di bawah, bolehlah korang semua mencuba sendiri di rumah.

Sumber: Tiktok

Baca juga: “Setiap kali balik kampung mesti suami aku kena tidur atas lantai, alasannya sebab adik perempuan aku taknak mengalah bagi bilik..”