Pengiring Anwar dan Zahid ‘ride’ motorsikal model BMW R 1250 RT berharga RM142k

Pengiring Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalannya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bakal naik motorsikal model BMW R 1250 RT.

BMW R 1250 RT merupakan motosikal jenis ‘grand tourer’ yang turut ditawarkan BMW Motorrad Malaysia untuk pasaran tempatan dengan harga jualan sekitar RM142k.

BMW R 1250 RT ini dipacu enjin boxer bersesaran 1,254cc yang berupaya menjana 136hp dan 143Nm.

Sedia maklum kenderaan yang digunakan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tugasan pengiring sering menjadi perhatian di Malaysia.

Ini kerana rata-rata kenderaan yang sering diguna pakai adalah model terkemuka di samping berprestasi tinggi.

Terbaru, beberapa gambar tular di media sosial yang memaparkan beberapa unit motosikal jenis BMW R 1250 RT.

Menurut perkongsian akaun Armorblaze di Facebook, sebanyak 20 unit motosikal BMW R 1250 RT telah selesai di pasang livery khas PDRM.

Difahamkan, motosikal berkenaan akan digunakan sebagai jentera pengiring Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Baca juga: Nasi lemak tak ada sambal? Netizen Malaysia persoal TikToker buat nasi lemak gaul semua bahan