Polis mengesahkan menerima laporan polis berkenaan salah seorang pengiring Pemangku Sultan Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang didakwa menyerang seorang lelaki kurang upaya di sebuah hotel semalam.
“Kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 323 (kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan),” kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Shuhaily Zain pada sidang media.
“Belum ada tangkapan lagi, jadi kami tidak tahu mengapa lelaki itu diserang. Malah lelaki kurang upaya yang membuat laporan itu tidak pasti mengapa dia diserang.”
Apabila ditanya keadaan pengadu yang masih dirawat di hospital, Shuhaily bagaimanapun enggas mengulas lanjut.
Seksyen 323 Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara maksimum setahun, denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Baca juga: Rakyat dakwa masih keliru, pelik bantuan diesel RM200 terlalu rendah