Pengotor! Puas hati tengok peniaga air balang di Jalan TAR kena kejar DBKL

Pengotor! Itulah gambaran keadaan di jalan tar Kuala Lumpur. Video yang dimuat naik di media sosial menunjukkan barang jualan dibiarkan kotor telah menimbulkan perhatian mengenai kebersihan dan kesihatan masyarakat.

Keadaan ini mendorong tindakan tegas yang diambil oleh pihak berkuasa seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terhadap peniaga yang tidak mematuhi peraturan kesihatan dan kebersihan.

Memetik Maoriti, dan video yang dimuat naik oleh Amirol Azery di Facebook menunjukkan beberapa barang jualan seperti balang air dibiarkan dalam keadaan kotor di kawasan terdedah di Jalan TAR, Kuala Lumpur.

Ini videonya: https://www.facebook.com/100001178256804/videos/7715998558410076/

Selain itu, beberapa peniaga juga tidak mengikut prosedur yang betul ketika membersihkan perkakas di kawasan tersebut.

Amirol Azery menyatakan bahawa tindakan undang-undang mungkin perlu diambil terhadap peniaga yang tidak mematuhi peraturan kesihatan dan kebersihan kerana ia boleh membahayakan kesihatan pelanggan.

Beliau juga memahami tekanan yang sering diterima DBKL dari netizen, yang sering menyalahkan pihak berkuasa atas keadaan yang tidak diingini di kawasan tersebut.

Walau bagaimanapun, reaksi daripada netizen dalam komen di bawah video itu beragam.

Ada yang menyatakan kekecewaan terhadap peniaga yang tidak mematuhi peraturan, sementara yang lain menyuarakan syak wasangka terhadap warganegara setiap peniaga.

Baca: ‘Bilakah orang Cina Malaysia akan dapat hak yang sama?’- Hantaran ‘group’ Facebook ini cetus kebimbangan ramai