Peniaga buang kopi pelanggan hanya kerana dibayar menggunakan syiling 5 sen

Peniaga buang kopi pelanggan hanya kerana dibayar menggunakan syiling 5 sen. Isu yang berlaku di negara jiran, Singapura kini tular di media sosial negara mereka.

Berdasarkan hantaran yang dimuat naik seorang wanita menerusi akaun Facebook Complaint Singapore, dia meluahkan rasa marah terhadap insiden yang berlaku.

“Adakah 5 sen bukan duit sehinggakan peniaga enggan menerimanya jika dibayar oleh pelanggan?,” soalnya.

Menurut wanita tersebut, dia memesan kopi-o di sebuah kedai di Yishun dengan harga S$1.20 (RM3.70).

Apabila dia cuba membayarnya menggunakan duit syiling termasuk menggunakan duit syiling lima sen, pekerja tersebut terus menengking lalu membuang kopi yang dipesannya ke dalam sinki.

Menurut Mediacorp, aduan wanita itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen di Facebook.

“Tidak ada salahnya terima dua syiling 5 sen sebagai bayaran, jika S$1.20 itu dibayar sepenuhnya dengan 5 sen sekali pun, ia tetap sah,” komen salah seorang netizen negara tersebut.

Seorang lagi turut membalas pengunaan syiling 5 sen adalah sah selagi tidak melebihi S$2 (RM6.21).

Terdapat juga netizen yang menegaskan peniaga itu sepatunya dipersalahkan dan mereka mempertikai mengapa peniaga tidak memaklumkan terlebih dahulu sekiranya enggan menerima bayaran mengunakan syiling 5 sen.

“Peniaga boleh meletakkan notis di kedai atau gerai mereka untuk memaklumkan mereka tidak menerima syiling 5 sen,” katanya.

Penguasa Kewangan Singapura (MAS) sebelum ini juga pernah mengeluarkan kenyataan mengenai bayaran menggunakan syiling.

Jelasnya, peniaga perlu meletakkan notis mengenai kaedah bayaran yang diterimanya.

Sementara itu, sikap peniaga tersebut dikecam netizen kerana menengking dan mencurahkan kopi yang sudah dibancuh ke dalam singki.

Baca Juga: Kantoi cuba tipu duit orang, scammer bengang dapat 5 sen je

Baca Juga: Ahli Parlimen AMANAH terus sebar rahmah sepanjang Ramadan