Peniaga cendol menggigil lutut tengok pelanggan ramai dari untung RM800 kini RM10,000 sehari-TQ Khairul Aming

Peniaga cendol menggigil lutut tengok pelanggan ramai ketika melihat pelanggan beratur panjang di depan warung cendol yang diusahakan sejak 10 tahun, dari untung RM800 kini RM10,000 sehari.

Pemilik gerai cendol, Ahmad Nizam Noh, 37 atau Nizam Cendol Goncang terkejut apabila perniagaannya diserbu ribuan pelanggan selepas tidak sampai 24 jam dikongsikan oleh pempengaruh terkenal, Khairul Aming, baru-baru ini.

‘Review’ pagi, petang dah ramai pelanggan

Kongsinya, ulasan makanan yang dikongsikan oleh pempengaruh itu mendapat perhatian ramai dan telah dikujungi ramai pelanggan pada petang hari pertama video tersebut dimuat naik di media sosial Khairul Aming.

“Sebelum ini tak ramai (pelanggan) dan hanya ada lima orang saja yang bekerja di warung iaitu saya dan isteri kedua sebagai tukang masak, isteri pertama di kaunter dan dua lagi pekerja,”katanya lagi.

Ujar Ahmad Nizam, gerainya menerima kira-kira 5,000 pelanggan sehingga terpaksa menambah empat lagi pekerja sejak ia ditularkan, kecuali mengekalkan tukang masak bagi mengekalkan kualiti masakan.

Malah, hasil keuntungan perniagaan juga meningkat daripada RM800 kepada kira-kira RM8,000 hingga RM10,000 sehari.

@khairulaming

Seringgit je harga cendol. Mee bandung & bihun sup dia pun sedap. Korang kena try 📍Nizam Cendol Goncang, Taman Melati KL (dah mintak izin owner untuk tolong viralkan 😊) #makanlokal #foodtok #foodfestontiktok

♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey

“Jika dulu saya pesan 50 paket pes mi bandung saja dari Muar tapi kini bertambah kepada 400 hingga 500 paket bagi menampung permintaan pelanggan,” katanya lagi.

Akui Nizam, dirinya tidak pernah menyangka menerima sambutan luar biasa, namun bersyukur dengan rezeki diperoleh selain berterima kasih kepada Khairul Aming kerana membantu mempromosikan perniagaannya sehingga dikenali ramai.

Walaupun dia (Khairul Aming) pempengaruh dan usahawan berjaya tapi sangat merendah diri malah buat ulasan pun tak minta bayaran.

Dia juga akan cuba sedaya upaya untuk memberikan layanan terbaik selain memastikan makanan sentiasa cukup untuk pelanggan.

Baca juga: Nama ikan budu sedikit pun tak letak budu, tapi musim tengkujuh orang cari benda ni