Para peniaga musim tengkujuh atau musim bajir boleh mendapat dapat duit berkepok-kepok hasil jual ‘kuih dalam kain’.
Kuih dalam kain atau putu halba sungguh enak di makan pada musim tengkujuh tambah-tambah lagi ia dimakan ketika ia masih panas-panas.
Putu halba diperbuat daripada ubi kayu berintikan gula melaka dengan taburan kepala parut menjadi hidang paling laris dan ditunggu-tunggu penduduk di Kelantan sepanjang musim tengkujuh ini.
Mungkin bagi sesetengah peniaga musim tengkujuh saat paling merisaukan kerana boleh menjejaskan hasil jualan dan kurang mendapat sambutan, malah ada yang merudum.
Namun, berbeza bagi pengusaha kuih putu halba, musim tengkujuh ibarat lubuk rezeki kerana mendapat sambutan yang begitu memberangsangkan berikutan ramai yang mencari kuih tradisional itu.
Peniaga kuih putu halba, Nur Ain Zubaidah Zamri, 33, mengakui sejak tiga minggu lalu, dagangannya itu mendapat permintaan tinggi kerana kuih itu amat dicari ketika musim tengkujuh, mungkin enak dimakan ketika masih panas.
“Apabila tiba musim hujan permintaan tinggi hingga tidak menang tangan disebabkan pada hari biasa kuih ini tidak banyak dijual disebabkan sukar mendapatkan bekalan ubi kayu yang menjadi bahan utama sajian ini.
“Jadi, apabila tiba musim tengkujuh banyak bekalan ubi, jualan kuih ini banyak didapati di gerai membuatkan ramai tertunggu-tunggu membelinya.
“Sejak minggu lalu, saya sebanyak 25 kilogram ubi kayu digunakan sehari.
“Saya jual dengan harga RM3 untuk empat biji dan sejak seminggu lalu. Saya dibantu oleh seorang anak dan pekerja,” katanya.
Beliau mendapatkan ubi kayu yang sudah diproses daripada adiknya dengan harga RM 7.50 sekilogram.
Jual ubi kayu RM6,000 sehari
Jadi tidak hairanlah seorang petani yang mampu menjual hampir empat tan ubi kayu sehari sepanjang musim tengkujuh ini.
Muhamad Azizan Mat Zin, 30, berkata, jualan ubi kayu diusahakan mereka laris sehingga mampu memperolehi purata RM6,000 sehari.
“Saya membeli lebih 20,000 batang anak pokok ubi kayu pada lima bulan lalu untuk ditanam di tanah yang sebelum ini digunakan untuk tanaman tembikai.
“Batas yang kosong setelah buah tembikai selesai dituai tersebut ditanam dengan anak pokok ubi kayu,” katanya di Kampung Amir, Jerteh di sini semalam.
Ubi kayu dijual pada harga borong, RM1.50 sekilogram manakala RM3 bagi jualan runcit
“Permintaan amat tinggi bukan sahaja di dalam Terengganu malah negeri-negeri berhampiran seperti Pahang dan Kelantan,” katanya.
Muhamad Azizan berkata, dia tidak menang tangan untuk menuai ubi kayu sehingga terpaksa mengupah 10 orang pekerja bagi membantunya.
Dia berkata, setiap hari sejak hujung bulan lalu, mereka menuai ubi kayu dua kali sehari bagi memenuhi permintaan pelanggan.
Baca juga; Orang paling kaya di Malaysia memiliki aset bernilai RM13.11 bilion telah meninggal dunia