Pening rumah selalu diceroboh monyet? Rupanya ini dua bahan mudah nak elak monyet datang lagi..

Pasti banyak kediaman yang pernah diserang monyet bukan? Mereka akan mengambil apa sahaja makanan yang ada serta membuat sepah.

Pelajar kolej juga tidak terkecuali apabila makanan sering dicuri oleh monyet ketika berada di kediaman.

Bagi mereka yang berdepan situasi begini, apa kata cuba petua dikongsikan Noor Jeey Pojie di Facebook.

Orang kata, bukan hanya monyet tetapi tikus pun boleh lari jika cuba hasilkan bahan ini.

Cara-caranya:

Tumbukkan ubat gegat sebelum membuka plastiknya untuk lebih mudah.

Kemudian masukkan ubat gegat ke dalam bekas yang dicampurkan dengan belacan.

Apabila sebati, masukkan bahan campuran tersebut ke dalam botol dan tebukkan penutup sedikit supaya bau yang terhasil dari ramuan tadi keluar.

Akhir sekali, gantungkan di mana-mana pokok yang sering dilalui oleh monyet.

Baca juga: “Mak baru je meninggal semalam, harini adik beradik dah punggah barang mak cakap nak bahagi faraid cepat cepat tapi abah suruh bakar je..”