Penjara dan denda RM2,000 kalau kantoi tidak puasa di Kelantan

Penjara dan denda RM2,000 kalau kantoi tidak puasa di Kelantan. Rakyat Kelantan beragama Islam boleh ditahan jika ditangkap tidak berpuasa pada bulan Ramadan ini.

Umat Islam di Kelantan bakal ditangkap jika tidak menunaikan ibadah puasa pada bulan Ramadan dan akan dikenakan hukuman yang berat mengikut Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019.

Setiap tahun, pasti ada isu umat Islam yang ‘kantoi’ tak berpuasa bulan Ramadan. Lebih teruk lagi apabila mereka memilih untuk makan di khalayak ramai tanpa sebab yang munasabah.

Menurut Awani, Timbalan Pengarah Operasi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) Dr Hasnan Ramli mengatakan hukuman denda maksimum RM2,000 atau penjara dua tahun akan dikenakan kepada pesalah.

“Sebelum ini, hukuman bagi kesalahan tidak berpuasa hanya denda sehingga RM1,000 atau penjara sehingga setahun, tetapi kali ini hukuman lebih berat menanti pesalah selepas enakmen itu baharu diluluskan November lepas.

“Sepanjang Ramadan ini juga, 60 penguat kuasa JAHEAIK akan menjalankan pemantauan di kira-kira 50 lokasi panas, dengan dibantu 700 sukarelawan Skuad Amru,” katanya.

Antara lokasi panas yang sering dikunjungi golongan yang tidak berpuasa ini adal di restoran milik orang bukan Islam, kawasan tangga di pasar raya dan kawasan-kawasan tersembunyi.

Tindakan tegas akan dikenakan bagi mereka yang tidak menghormati bulan Ramadan dan yang mengulangi kesalahan dan ditangkap buat kali kedua.

Pembekal dan penjual makanan kepada golongan yang tidak berpuasa juga akan dikenakan tindakan mengikut enakmen tersebut.

Kepada umat Islam selamat menyambut Ramadan Al Mubarak. Kepada yang selalu ponteng, harapnya kali ini bakal menjadi Ramadan pertama untuk anda berpuasa penuh.

Baca Juga: Salah faham punya pasal, pemain bola sepak ditemui maut hanya tinggal rangka akibat dimakan Piranha

Baca Juga: Will Smith tampar Chris: Kenali apa itu alopecia