Penjual buku tertua di Maghribi tidak risau bukunya dicuri-“Mereka yang boleh baca bukan pencuri”

Penjual buku tertua di Maghribi Mohamed Aziz tidak risau bukunya dicuri kerana bukunya diletakkan tanpa pengawasan beliau.

Bahkan langsung tidak bimbang jikalau bukunya diambil orang bahkan ketika di tanya tentang keselamatan meninggalkan bukunya tanpa pengawasan di luar, di mana ia berpotensi dicuri.

“Mereka yang tidak boleh membaca tidak mencuri buku, dan mereka yang boleh, bukan pencuri,” kata beliau sambil berkata lagipun ada Oyen sentiasa menjaga.

Berusia 72 tahun, Mohamed Aziz telah menghabiskan masa 6 hingga 8 jam sehari membaca buku.

Beliau telah membaca lebih 5000 buku dalam bahasa Perancis, Arab dan Inggeris.

Beliau kekal sebagai penjual buku tertua di Maghribi selepas lebih 43 tahun berada di lokasi yang sama.

Baca juga: Nasi lemak tak ada sambal? Netizen Malaysia persoal TikToker buat nasi lemak gaul semua bahan