Lokasi terakhir orang hilang yang dikenali dengan nama Nidza Afham, 23 tahun baru-baru ini menjadikan jambatan Kota Klang menjadi tumpuan ramai.
Ini berikutan mangsa dikatakan beriadah di sekitar Klang dan lokasi terakhir yang dijejaki ialah di jambatan tersebut.
Namun, lewat petang semalam polis mengeluarkan kenyataan bahawa mangsa ditemui di bawah jambatan sekitar 1 kilometer oleh seorang pemancing.
Ramai yang tidak tahu akan fakta yang jambatan Kota Klang adalah jambatan dua tingkat yang pertama dibina di Tanah Melayu dan juga Asia Tenggara.
Jambatan ini juga siap sepenuhnya pada tahun 1959 dan juga dijadikan jambatan kekal kerana ketika itu hanya mempunyai pontoon Bailey iaitu jambatan sementara.
Ia turut dirasmikan oleh Sultan Selangor, Sultan Hisamuddin Alam Shah pada 24 Jun 1959 dan diberi nama Jambatan Alam Shah.
Namun, nama jambatan itu ditukar kepada Jambatan Kota berikutan berdekatan dengan Istana Bukit Kota yang berhampiran Kota Raja.
Disebabkan ia mempunyai dua tingkat, bahagian bawah digunakan sebagai laluan pejalan kaki, beca,basikal serta motorsikal manakala bahagian atas pula untuk kenderaan berat.
Pada 21 Januari 1992, Jambatan Kota telah ditutup kepada laluan kenderaan apabila Jambatan Kota baru siap sepenuhnya.
Baca juga: Tular kamera AES baru dipasang di seluruh negara, siap boleh berpusing 360 darjah lagi