“Penulis skrip dakwa Diana Danielle terkena sumpahan filem Talak, semua kru bercerai berai sampai sekarang”

Nama Farid Kamil dan Diana Danielle tidak asing lagi dalam dunia hiburan bahkan berita mereka yang hampir bercerai terpampang di dada-dada akhbar.

Satu video yang dikongsikan Diana Danielle di laman tiktok menunjukkan dirinya yang sedang tersenyum namun berubah perwatakan secara tiba tiba kepada serius.

Tiada yang pelilk dalam video itu, namun jika melihat ke dalam komen ada seorang individu mendakwa punca keretakan rumahtangga pelakon itu adalah kerana sumpahan filem Talak.

Individu tersebut yang juga penulis skrip mendakwa kru yang berada di dalam pembikinan filem tersebut juga melalui proses penceraian termasuk pengarah, pelakon Fizo Omar dan juga dirinya.

Kalau korang nak tahu, telefilem ‘Talak’ pernah disiarkan pada tahun 2015 yang melibatkan pelakon, Diana Danielle, Fizo Omar, Hafreez Adam, Reen Rahim, Fadzil Zahari di bawah arahan pengarah, Kas Roshan.

Baca juga: Datang beli kereta harga RM35,000 guna duit syiling, nak pengsan staff kira satu-satu