Mak mak yang mempunyai anak kecil pasti faham betapa susahnya nak bergerak ke mana-mana. Tambahan pula bila anak kita suka mengekori dan akan mencari-cari si ibu bila hilang dari pandangan.
Lumrah anak kecil yang inginkan perhatian dari orang tua mereka. Bagi ibu-ibu yang ingin ke tandas juga pasti tidak tenteram.
Pengguna TikTok @sashamichae1 telah berkongsi satu video aksi anaknya yang setia menunggunya di depan tandas.
“Macam ni la selalu kalau tengah mandi dia duk situ diam-diam sampai terlentok,” kapsyennya.
Adik comel itu dilihat setia menunggu si ibu sehingga terlentok kerana mengantuk. Rata-rata netizen terhibur dengan kecomelannya dan berkongsi pengalaman yang sama.
@sashamichae1 Siapa geng mak2 yang ada penunggu tiap kali masuk bilik air 😆
Video itu kini telah ditonton sebab 481600 ribu tontonan dan 19000 ribu tanda suka.