“Individu itu memang sasarkan muka Faisal (Halim) tapi dia sempat elak. Kalau kena muka berisiko kena mata dan kemungkinan besar terus tamat karier dia.”
Itu apa yang dikatakan oleh sumber dalaman berkaitan insiden yang membabitkan pemain kebangsaan Harimau Malaya, Faisal Halim yang teruk akibat disimbah asid di sekitar belakang badannya.
Jelas sumber, apa yang berlaku kepada Faisal atau Mickey itu pasti akan memberi kesan kepada mentalnya untuk kembali bangkit dari episod hitam yang melandanya ketika ini.
“Individu itu memang sasarkan muka Faisal (Halim) tapi dia sempat elak. Kalau kena muka berisiko kena mata dan kemungkinan besar terus tamat karier dia. Andai terjadi perkara itu, mesti akan lebih menyedihkan Faisal.
“Mungkin Allah mahu lindung keluarga Faisal sebab anak dia tidak berada berdekatan dengan dia (semasa kejadian) dan isteri dia pula terkena sedikit percikan di tangan dan tidak pasti bagaimana status isteri Faisal tu.
“Individu yang menaiki motosikal dengan pakaian tutup muka itu juga sempat ucap ‘good luck’ sebelum simbah asid lalu pergi melarikan diri,” kata sumber itu.
Terdahulu, Akhyar Rashid juga turut menjadi sasaran individu tidak bertanggungjawab apabila disamun dan dihentak kepalanya di satu lokasi di Terengganu.
Baca juga: “Kesian anak tak pernah dilayan baik dengan atuk nenek, hanya sebab kami bukan orang yang ada harta”