Penyewa durjana !!! Sewa kereta orang, lepas tu jual. Kebiasaannya apabila kita menyewa kenderaan, selepas habis tempoh masa kita wajib pulangkan balik kereta kepada tuannya yang asal.
Namun lain pula yang berlaku kepada seorang pengusaha perkhidmatan kereta sewa di Bukit Beruntung, Selangor baru-baru ini.
Cerita ini berlaku pada tahun 2021 dimana seorang lelaki telah menyewa kereta produa Axia miliknya sejak 12 Mei lepas namun kemudian tidak dipulangkan semula dan dipercayai dibawa lari.
Walaubagaimanapun, Muhammad Nizamuddeen Mohd Abd Kadzar, 27 bersyukur kerana kereta Perodua Axianya yang dilarikan oleh penyewa tersebut berjaya ditemukan semula selepas kisahnya tular di media sosial.
Daripada maklumat orang awam, Muhammad Nizamuddeen mengetahui keretanya itu didapati berada di Tanah Merah, Kelantan. Dia dan adiknya kemudian bergegas ke Tanah Merah sekitar jam 5 pagi Jumaat dan berjaya mengesan kenderaan itu sekitar jam 11 pagi.
“Namun, kenderaan tersebut tidak dipandu oleh penyewa asal, sebaliknya oleh seorang lelaki berusia 40 tahun yang mendakwa telah membeli kereta itu dengan bayaran deposit sebanyak RM1,500.
“Dia dimaklumkan bahawa kereta itu ‘kereta sakit’ dan akan menyambung bayaran ansuran selepas urusan dokumen kenderaan itu diperoleh daripada pihak yang menjual kereta berkenaan,”
Muhammad Nizamuddeen berkata, kenderaan tersebut bagaimanapun telah diubah suai kepada cermin gelap selain nombor plat kenderaan juga ditukar kepada saiz kecil.
“Sementara penyewa asal pula tidak dapat dikesan namun dipercayai masih berada di sekitar Kelantan bersama anak perempuannya.
” Kenderaan tersebut telah dibawa ke balai polis berhampiran untuk laporan dan akan dibawa pulang selepas urusan berkaitan selesai,” katanya.
Ditanya sama ada pihaknya ada memasang sistem kedudukan global (GPS) pada kenderaan sewa itu,
Menurut Muhammad Nizamuddeen, kereta itu ada sistem kedudukan global (GPS) tapi tidak berfungsi dan dipercayai telah dicabut oleh penyewa itu sebelum menjualnya kepada orang lain.
“Walau apa pun, saya bersyukur kereta saya ditemui semula. Saya harap pengusaha kereta sewa lain lebih berhati-hati bagi mengelak insiden sama menimpa mereka,” katanya.
Muhammad Nizamuddeen bersyukur kerana keratanya berjaya ditemui semula dalam keadaan yangbaik. Pada masa yang sama dia juga mengingatkan pengusaha kereta sewa supaya lebih berhati-hati bagi mengelak insiden sama berlaku. kepada mereka.
Baca juga: ‘Berapa kali nak tukar ni?’ – Influencer sekejap jadi lelaki, sekejap jadi wanita