Peras ugut ahli perniagaan, 9 anggota polis ditahan

Seorang ahli perniagaan membuat laporan polis terhadap sembilan anggota penguatkuasa tersebut selepas cuba memeras ugut menggunakan rekod lampaunya yang berkait dengan dadah.

Difahamkan, ahli perniagaan berusia 32 tahun itu pernah mempunyai rekod lampau melibatkan kes dadah.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk S. Sasikala Devi berkata kesemua anggota yang berpangkat konstabel hingga sub inspektor tersebut, ditahan kira-kira 11 pagi di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak lapor Harian Metro.

Beliau mengesahkan menerima laporan yang dibuat oleh ahli perniagaan berusia itu pada 26 Julai yang membawa kepada penahanan sembilan anggota terbabit.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan (kesalahan peras ugut) selain siasatan tatatertib yang akan dilakukan,” katanya.

Beliau berkata tindakan susulan terhadap kesemua anggota berkenaan juga akan dilakukan pihak Bukit Aman.

Baca Juga: Rakam dan sebar video lucah, remaja maut dibelasah bapa teman wanita

Baca Juga: Anak bukan mesin pencen ibu bapa, generasi kini terbeban hutang pendidikan, segala kos mahal – Pakar kewangan