Perasan tak poket kecil sebelah kanan bukan untuk syiling, ini sebenarnya fungsi poket kecil

Poket kecil seluar jean merupakan salah satu bahagian di seluar jean yang pasti ada walau apapun jenamanya.

Seluar jean kini menjadi salah satu item pakaian yang sudah sinonim dengan kehidupan harian terutamanya seorang lelaki. Selain tahan lasak ia juga memberikan pelbagai dimensi gaya buat seorang lelaki tampil kacak.

Buat anda yang sering memakai seluar jean pasti perasan akan kewujudan poket yang kebiasaannya terletak di bahagian atas poket kanan seluar. Tidak kisahlah jenama apa sekali pun kebanyakan seluar jean pasti akan disertakan dengan poket kecil ini.

Umum pasti beranggapan bahawa poket kecil ini dicipta untuk menyimpan duit syiling. Tapi sebenarnya kita pun agak bergelut untuk mengeluarkan syiling yang disimpan di dalam poket kecil itu.

Umum pasti beranggapan bahawa poket kecil ini dicipta untuk menyimpan duit syiling. Tapi sebenarnya kita pun agak bergelut untuk mengeluarkan syiling yang disimpan di dalam poket kecil itu.

Poket kecil yang dianggap sebagai ruang menyimpan syiling ini juga pernah diberi gelaran sebagai ‘poket tiket’, di mana pengguna menyimpan tiket konsert atau panggung wayang.

Tapi tahukah anda bahawa sebenarnya poket kecil tersebut pada asalnya diberi gelaran ‘watch pocket’ atau poket jam. Pada era dahulu kebanyakan koboi di Amerika Syarikat menyimpan jam poket di dalam poket seluar kecil tersebut.

Malah ia memang diperkenalkan untuk meyimpan jam poket dengan saiznya yang cukup sempurna untuk penyimpanan. Selain koboi pekerja lombong juga menyimpan jam poket mereka sepanjang masa.

Mereka tidak menggunakan jam tangan kerana kerja-kerja lasak yang dilakukan. Dan jam poket merupakan trend yang sangat popular pada era tersebut. Jam poket yang disimpan di dalam poket kecil itu boleh diambil dan disimpan dengan cukup mudah.

Itulah sebenarnya asal-usul poket kecil yang terdapat di hampir kesemua seluar jean yang diperkenalkan di pasaran hingga sekarang.

Baca juga: Cincin dibeli dengan harga RM47 di pasar karat, wanita ini ‘terkejut beruk’ sebenarnya bernilai RM3 juta