Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak orang ramai untuk menghadiri Jamuan Hari Raya Aidilfitri di Masjid Bandar Utama Batang Kali, Hulu Selangor, pada 12 tengah hari ini.
Perdana Menteri menerusi hantaran di Facebook berkata, beliau juga akan menunaikan solat Jumaat bersama masyarakat setempat di masjid berkenaan.
“Ayuh kita bersua dan merapatkan silaturahim antara satu sama lain dalam menyambut kemeriahan bulan Syawal ini,” kata Perdana Menteri lagi.
Ini adalah Syawal ketiga umat Islam menyambut Aidilfitri.
BACA JUGA Ciuman bertukar tragedi, penjinak ular ini mati dipatuk ketika persembahan