Pergaduhan besar, MB Terengganu akan ditukar dalam masa terdekat?

Pergaduhan besar, MB Terengganu akan ditukar dalam masa terdekat?

Kedudukan Menteri Besar Terengganu kini tersepit antara masalahnya dengan pihak istana dan juga usaha pimpinan lain dalam Pas untuk mengambil alih tempat beliau.

Satu borang “SURAT AKUAN BERKANUN” sudah disediakan untuk membolehkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Terengganu menandatanganinya bagi menyatakan kesediaan mereka menolak Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai menteri besar.

Borang Surat Akujanji Berkanun yang disediakan untuk mana-mana Adun yang setuju untuk membuang Samsuri.
Ia didakwa disediakan untuk Adun kedua-dua parti samada dari Pas yang mempunyai 22 Adun ataupun Umno yang mempunyai 10.

Menurut borang itu, bermula daripada Mac 2020 sehingga Jun 2021 dan juga berdasarkan keadaan politik terkini Negeri Terengganu yang kurang stabil dalam keadaan pandemik Covid-19, berlakunya beberapa insiden ketidakpercayaan terhadap kepimpinan menteri besar yang sedia ada.

Mereka mendakwa wujudnya ketidakseimbangan dalam memanifestasikan agenda kebajikan rakyat dan seolah-olah mengutamakan beberapa keutamaan yang tidak perlu.

Oleh itu, kata borang itu, wujud satu keperluan berdasarkan daripada desakan rakyat bawahan untuk mencadangkan suatu pilihan baru bagi jawatan Menteri Besar untuk dipersembahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Mizan Zainal Abidin.

“Oleh yang demikian, Pihak kami telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Bin Mokhtar (ADUN Rhu Rendang) sebagai Menteri Besar Terengganu.

“Justeru itu, pihak kami dengan penuh tawadhuk dan suci hati mencadangkan agar Menteri Besar baru bagi Negeri Terengganu Darul Iman dilantik berdasarkan pertimbangan dan pandangan wajar daripada KDYMM Al-Sultan Terengganu Darul Iman setelah menimbangkan segala nasihat dan pandangan yang selaras dengan kepentingan rakyat ,” kata borang akujani berkanun itu.

Mereka juga bersetuju sekiranya Sultan Terengganu mencemar duli memanggil setiap ADUN Negeri Terengganu untuk menyoal dan menyatakan pandangan mereka secara satu persatu berkenaan calon Menteri Besar Negeri Terengganu berdasarkan hak Baginda di bawah Perlembagaan Malaysia dan juga Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Terengganu.

Menurut sumber dari Terengganu, penyediaan borang dan gerakan ini diusaha oleh seorang ahli parlimen Pas selepas beliau mempunyai masalah dengan Ahmad Samsuri.

Ia dibuat ketika Presiden Pas yang juga ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sedang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

Sejak dari awal lagi, pemilihan Samsuri sebagai MB tidak disenangi oleh sebahagian pemimpin Pas di Terengganu kerana walaupun berasal dari Besut, Terengganu beliau tidak pernah aktif dalam politik tempatan di negeri kubu Pas itu.

Beliau hanyalah Setiausaha Politik Presiden Pas di Kuala Lumpur dan kemudiannya mengambil alih kerusi Rhu Rendang, tempat Hadi bertanding sebelum ini.

Pagi ini, portal berita The Malaysian Insight melaporkan Samsuri mempunyai masalah dengan Istana Terengganu.

Sumber memberitahu The Malaysian Insight, isu melibatkan Ahmad Samsuri Mokhtar kini genting sehingga istana hampir menarik balik gelaran Datuk Seri disandang menteri besar itu.

sumber : https://malaysiadateline.com/mb-terengganu-tergugat-borang-akujanji-berkanun-kini-tersebar/

COMMENTS