Pergi terjun dari KLCC tanpa parachute, kata TMJ kepada Syed Saddiq

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim malam tadi membuat sesi Q dan A di laman sosial miliknya di Instagram story.

Apa yang menarik perhatian adalah berkenaan dengan soalan dari netizen, “Apa yang Syed Saddiq perlu buat untuk tarik perhatian Tuanku?”

TMJ menjawab “terjun dari KLCC tanpa parachute”

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebelum ini pernah melabel Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebagai ‘drama queen’ selepas Ahli Parlimen Muar itu memohon sumbangan ramai untuk membantunya melunaskan wang ikat jamin berjumlah RM330,000.

Tunku Ismail memuat naik komen itu di akaun Instagramnya merujuk laporan portal media berkaitan Syed Saddiq memohon simpati bagi membayar ikat jamin sebagaimana diperintahkan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Menurut komen Tunku Ismail itu, beliau bersimpati dengan rakyat yang dikatakan sentiasa menjadi mangsa permainan politik.

“Drama queen. Kesian rakyat yang sentiasa jadi mangsa permainan politik. Berlakon dan menipu rakyat semata mata nak undi dan kuasa.

“Hampir semua tak boleh percaya. Semoga Allah SWT peliharakan rakyat dan negara,” katanya dalam Instagram storynya.