Perit hidup di Gaza, Yousuf terpaksa merantau ke Malaysia cari rezeki buat ahli keluarganya

Perit hidup dibumi Palestin memaksa Yousuf merantau ke Malaysia bagi mencari rezeki yang halal. Dengan niat untuk menyambung pelajaran Yousuf terus mencari rezeki supaya dapat menyara keluarganya Di Gaza.

Peperangan antara Palestin dan Israel yang telah meragut banyak nyawa mereka yang tidak berdosa. Yousuf yang sekian lama tidak pulang ke kampung halaman di Gaza turut menyatakan perasaan rindu kepada keluarganya serta ingin tahu keadaan mereka di sana.

“Saya sudah 9 tahun tak jumpa keluarga saya dan tak peluk mak saya. Saya juga takut mereka syahid.

“Nak pulang ke sana amat susah tapi kita perlu bersabar kerana tiada langsung peluang untuk masuk ke sana”, katanya Yousuf kepada SEISMIK.

Untuk masuk ke Malaysia, dia perlu keluar mengikut pintu Rafah serta mengambil masa 9 jam untuk keluar dari Gaza ke Mesir dan tiga hari untuk tiba di Malaysia.

Banyak proses yang harus dilaluinya kerana memerlukan banyak dokumen dan kriteria perlu diluluskan. Walaupun banyak liku yang perlu ditempuhi, akhirnya dia dapat juga masuk ke Malaysia.

Yousuf berkongsi pengalaman getir ketika kawasan tempat tinggalnya dibom oleh Zionis ketika berumur 15 tahun.

“Memang teruk sangat ketika itu. Israel bom masjid, bunuh budak kecil, bunuh kawan-kawan saya di Gaza, banyak kawan-kawan saya yang dah syahid,” katanya.

Yousuf tidak boleh lupa yang merupakan kenangan pahit baginya ketika itu adalah Israel mengebom masjid yang dekat rumah Yousuf sebanyak tujuh kali sehinggakan masjid itu hancur.

Walaubagaimanapun beliau berterima kasih terhadap Malaysia kerana selepas masjid itu musnah Malaysia menyumbang wang kepada Palestin untuk membina masjid di sana.

Menurut Yousuf, perisik Israel membunuh rakannya ketika dalam perjalanan hendak ke masjid yang terletak di Gombak serta rakannya itu adalah imam masjid ketika itu untuk solat Subuh.

Ketika dalam perjalanan, rakannya itu ditembak di kepala sebanyak 14 kali sehingga hancur kepala.

Perisik Israel itu masuk ke Malaysia menyamar menggunakan passport Rusia supaya tidak ditangkap oleh pihak imigresen.

Dia merupakan pelajar Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Malaysia dan orang yang paling pandai di universiti tersebut. Dia seorang engineer bahagian electrical engineering.

Yousuf turut menyeru umat Islam untuk membuka mata dunia tentang kekejaman Israel terhadap penduduk di Gaza

Yousuf turut menyuarakan kekecewaan terhadap negara-negara Arab yang mempunyai para tentera yang kuat tetapi hanya melihat dari jauh melalui sosial media sahaja.

“Saya nak umat islam semua bangun, saya tengok semua duduk diam sahaja melihat budak kecil di Gaza semua syahid. Semua tak share, semua takkan diam sahaja apa yang Israel dah buat.

“Semua perlu share yang Israel dah bom sekolah, hospital, kedai roti, ambulans dan bunuh semua budak kecil dalam hospital.

“Saya nak semua buka mata, saya nak semua umat islam buka mata terutama negara Arab yang diam sampai sekarang tak buat apa. Saya minta mereka join dan malu sedikit apabila tengok budak-budak di Gaza yang syahid tetapi semua diam,” katanya.

[TERKINI] Baru sebentar tadi kami mendapat berita bahawasanya adik ipar kepada Yousuf dikatakan telah syahid di Gaza

Menerusi akaun Instagram miliknya, Yousuf memberitahu suami kepada adiknya telah pun meninggal dunia. Berita itu disampaikan oleh sepupunya di sana.

Dalam hantaran tersebut, Yousuf yang dalam keadaan menangis bagaimanapun memberitahu sehingga kini dia belum menerima jawapan akan keadaan terkini adik dan ahli keluarganya yang lain.

Baca juga: Fazura mengamuk! “Jangan uji kesabaran saya..”