Permohonan ketepi penghakiman ingkar kehadiran Mawar Karim berjaya. Isu ini dikatakan berhubung perjanjian pinjaman persahabatan berjumlah RM720,000 yang dikatakan telah dimeterai oleh Mawar dan seorang lelaki.
Prosiding tersebut berjalan secara dalam talian di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Sivil Bandar Baru Bangi, Effandi Nazila Abdullah lapor Kosmo.
Peguam yang mewakili Mawar selaku defendan Datuk Mohd. Imran Tamrin memaklumkan Mawar akan memfailkan pembelaan dan tuntutan balas dalam tempoh 14 hari.
“Lanjutan daripada keputusan tersebut, Mawar akan meneruskan tindakan dengan memfailkan pembelaan dan tuntutan balas terhadap pihak-pihak yang dinamakan dalam kes dalam tempoh 14 hari,” kata peguam itu.
Dalam prosiding hari ini, peguam Nik Zarith Nik Moustpha mewakili plaintif iaitu Nabil Mat Jahya manakala Mohd. Nor Tamrin mewakili Mawar.
Tak pernah terima salinan termeterai penghakiman ingkar
Mawar berkata dia tidak pernah sama sekali menerima salinan termeterai penghakiman ingkar itu daripada plaintif atau peguamnya sehingga notis pelantikan peguam bertarikh 14 April lalu difailkan oleh peguamnya.
Berdasarkan pernyataan tuntutan, Nabil menuntut wang berjumlah RM720,000 yang telah diberikan kepada defendan, selaras dengan Perjanjian Pinjaman Persahabatan yang telah dipersetujui dan ditandatangani oleh mereka.
Terdahulu pada 11 Januari lalu, Nabil selaku plaintif diberi kebenaran oleh mahkamah untuk mendapatkan penghakiman ingkar terhadap Mawar, selepas usahawan itu gagal memasukkan kehadiran dalam saman yang difailkan plaintif.
Berdasarkan penghakiman ingkar itu, defendan (Mawar) perlu membayar balik pinjaman yang telah diberikan plaintif kepada defendan berjumlah RM720,000.
Baca Juga: Mawar tepis dakwaan sudah berkahwin, mengaku sedang dalam proses berkenalan
Baca Juga: “Buat apa belajar penat-penat sampai universiti tapi gaji RM2,000, lebih baik jadi TikTokers!”