Pernah bawa Aliff Syukri buat stand up di Crackhouse, Afdlin anggap tak semua konten berunsur menghina

Pernah bawa Aliff Syukri buat stand up di Crackhouse, Afdlin anggap tak semua konten berunsur menghina. Selepas isu tular wanita buka baju dan menghina agama di Crackhouse, Afdlin turut dikecam netizen selepas membantah penutupan kelb komedi yang dikatakan tempat pelawak muda berlatih buat stand up komedi.

“Kalau saya tahu awal, saya rasa saya takkan berada di posisi yang sama,” kata pelakon, pengarah filem dan pelawak, Datuk Afdlin Shauki berkenaan bantahannya terhadap penutupan Kelab Komedi Crackhouse yang mencetuskan kemarahan ramai.

Afdlin yang tampil secara langsung dalam program The Amin Idris Show di Facebook malam tadi berkata, dia pernah dua kali masuk ke Crackhouse dan mendapati tiada konten yang keterlaluan ketika berada di situ lapor Harian Metro.

Pernah bawa Aliff Syukri stand up di Crackhouse

“Kali pertama saya bawa Datuk Seri Aliff Syukri untuk buat stand up. Dan sekali lagi untuk menonton satu show kawan-kawan.

“Memang tiada konten-konten yang teruk dan menghina. Saya bercakap mengenai Crackhouse kerana saya dulu ada restoran komedi yang halal di sebuah kompleks membeli belah. Ia untuk keluarga dan halal tanpa alkohol.

“Crackhouse dibuka terlebih dulu dari saya. Itu tempat pelajar-pelajar buat komedi dan bisnes komedi bukan mudah. Ia tempat adik-adik yang cari rezeki,” katanya.

Tiada share dalam CrackHouse

Afdlin turut menjawab pertanyaan Amin bahawa dia tidak mempunyai sebarang kepentingan atau ‘share’ dalam kelab komedi ini seperti sangkaan ramai.

“Saya tiada share satu sen dalam kelab ini. Pendirian saya sebagai NGO, nasib adik-adik yang cari rezeki ini bagaimana? Saya tak buat show pun kat situ.

“Saya memandang mengenai periuk nasi orang lain. Tak semestinya mengenai industri komedi sahaja. Kalau ada orang susah yang perlukan bantuan, saya akan bantu,” katanya.

Amin seterusnya bertanyakan soalan berkenaan Rizal Van Geyzel yang kerap mencetus isu perkauman dalam persembahannya dan Afdlin bersetuju agar diambil tindakan.

Ambil tindakan kepada pelawak yang biadap dan cetus isu perkauman

“Jika mereka salah humban dalam jel. Saya tak tahu menahu tentang konten dia. Dia pernah dulu bekerja dengan saya semasa zaman program A Ha!

“Masa itu dia baru bermula. Tapi saya tak tahu bila masa dia buka kelab ini. Saya cakap satu benda sahaja. Kepada pelawak-pelawak, kau buat, kau berani tanggung.

“Jadi kalau didapati salah, ambil tindakan. Kalau tak salah, terserah pada mahkamah.

“Pada saya apabila saya dapat informasi, saya rasa tak adil dikata tempat itu orang menghina Islam. Yang ditonjolkan satu dua sahaja. Yang beratus lagi konten yang baik bagaimana?,” katanya.

Baca Juga: Baru dua bulan tamat latihan, doktor bius rogol wanita semasa pembedahan caesarean

Baca Juga: 2 persoalan kerajaan perlu jelaskan tentang aset Petronas yang dirampas waris Kesultanan Sulu