Nama Teresa Kok menjadi panas semula kerana didakwa mengeluarkan kenyataan yang bersifat perkauman.
Ia disebabkan kerana Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Mohd Na’im Mokhtar, berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengkaji cadangan untuk mewajibkan restoran dan syarikat makanan memiliki sijil halal.
Namun Ahli Parlimen Seputeh itu mengatakan perlaksanaan pensijilan halal itu bakal menambahkan beban kepada pengusaha restoran.
Teresa turut menambah ia bakal menambahkan kos serta beban kepada pengusaha kecil.
Kenyataannya itu turut diselar oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang nyatanya tidak mahu bersetuju dengan rakan di dalam parti politik itu.
“Kalau dia mahu mewakili beberapa pihak, tidak mengapa… tetapi tidak perlu (buat kenyataan sedemikian secara terbuka) kerana ia tidak membantu untuk menjernihkan keadaan.
“Kita kena jaga sentimen muslim dan bukan Islam. Cara dia (adalah) runding secara elok dahulu. Bukan tunjuk kehebatan masing-masing.
Baca juga: Lelaki batal saman selepas terima ayam bakar sebagai pampasan