Pernah digelar gila kumpul kayu terbuang, akhirnya siapa sangka boleh jadi rumah impian

Pernah digelar ‘gila’ oleh penduduk kampung kerana sering mengumpul kayu-kayu terbuang akhirnya siapa sangka ia boleh jadi rumah impian.

Minat mengumpul kayu bermula kira-kira 13 tahun lepas sewaktu mula berkhidmat sebagai guru, impian Mohd Nazmie Che Mohd Ashari bertukar menjadi sebahagian daripada rumah idaman.

Masa mula-mula kerja dahulu beliau beli chainsaw dan letakkan dalam kereta sebaik pulang dari mengajar pergi ke kawasan orang tebang pokok atau orang cuci kawasan, mana-mana kayu yang mereka tidak mahu dan tinggalkan yang kebanyakannya adalah kayu tembusu, minta izin ambil dan bawa pulang.

Pada waktu ini ada penduduk kampung yang gelar saya cikgu gila kerana ambil kayu-kayu terbuang bawa balik ke rumah

Beliau yang tinggal di kediamannya di Pantai Senok guru Bahasa Inggeris Sekolah Menengah Kebangsaan Long Yunus di Bachok itu berkata, kayu-kayu yang dikumpulnya itu dijadikan pelbagai barangan seperti kerusi, meja dan permainan kanak-kanak.

Apabila saya serta isteri mengambil keputusan untuk membina rumah di lokasi ini sekitar tahun 2021, kayu-kayu yang masih ada dalam simpanan digunakan sebagai tambahan kepada kayu-kayu yang dibeli.

Mohd Nazmie berkata, selain kayu tembusu, rumah dengan konsep tradisional Melayu seluas 1,800 kaki persegi itu turut menggunakan kayu cengal, mersawa, merawan dan akasia.

Memang dah niat saya dan isteri nak buat rumah dengan konsep tradisional Melayu yang dibina tinggi. Jadi kami setuju 70 peratus rumah ini dibina menggunakan kayu, manakala baki 30 peratus daripada batu.

‘Kegilaan’ Mohd Nazmie tidak hanya kepada mengumpul kayu, biarpun tanpa tidak memiliki sebarang pengalaman atau kemahiran bertukang atau membina rumah, beliau turut bertindak mereka bentuk rumah yang masih dalam proses pembinaan itu.

Dia cuma tengok daripada buku, majalah dan YouTube. Ketika ini ada dua orang tukang membina rumah ini, selain bertindak mereka bentuk, dia turut membantu dari segi membuat kabinet, pintu, finishing bilik air dan piping.

Mohd Nazmie mengakui puas dapat membina kediaman keluarganya itu biarpun pernah digelar gila, malah hobi itu turut menyaksikan beliau kini memiliki bengkel pertukangan kayu di kediaman ibunya di Bukit Marak.

Baca juga: Wanita bertatu pernah dibantu kini kembali ke imej asal-Ebit Lew sedih jalan dipilih Mondy