Pernah ibu ke rumah arwah dihalau malah keluarga tak pernah bertemu dengan suaminya-Tidak pernah cerita dia didera

Pernah suatu ketika ibu ke rumah arwah tetapi dihalau oleh lelaki terbabit malah kaum keluarga juga diberitahu tidak pernah bertemu dengan suaminya.

Jadi arwah tidak pernah sekali pun dalam hidupnya bercerita dengan sanak saudara beliau didera oleh suaminya bahkan bercakap apabila perlu sahaja.

Adik kepada arwah Azmir Alias, 37, bercerita bahawa arwah tidak pernah bercerita mengenai rumah tangganya apatah lagi pihaknya juga jarang bertemu arwah

Arwah tak pernah bercerita soal rumah tangganya’ yang maut dipercayai didera suaminya di sebuah pangsapuri di Sungai Long, Kajang, Ahad lalu.

Azmir berkata, kali terakhir keluarganya bertemu dengan arwah adalah pada Aidilfitri lalu dan arwah tidak bercerita yang dia didera.

“Arwah memang seorang yang pendiam, dia bercakap apabila perlu sahaja, dia tidak pernah bercerita soal rumah tangganya.

“Ada dia beritahu mengenai suaminya yang kerap kerja di luar kawasan,” katanya ketika dihubungi, hari ini lapor Harian Metro.

Menurutnya, keluarga juga tidak pernah bertemu dengan suaminya (suspek) sejak arwah melangsungkan perkahwinan enam tahun lalu.

“Suaminya tidak membenarkan arwah ke rumah ibu, kami juga pelik dengan sikap lelaki itu.

“Pernah satu ketika ibu ke rumah arwah namun dihalau lelaki terbabit menyebabkan sehingga kini ibu tidak pergi ke rumah arwah,” katanya.

Katanya, arwah meninggalkan dua cahaya mata berusia enam dan tiga tahun yang kini di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Kami sekeluarga ingin membuat permohonan untuk menjaga kedua-dua anak arwah,” katanya.

Semalam, polis memburu seorang lelaki dikenali sebagai Mohamed Imran Mohamed, 32, yang beralamat terakhir di Apartment Sutera Pines, Jalan Sutera Pines, Sungai Long, Kajang.

Lelaki terbabit dipercayai suspek dalam kejadian mendera isterinya sehingga mati sebelum dihantar ke hospital.

Wanita terbabit dihantar suaminya ke pusat perubatan berkenaan dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Selepas mendapat tahu isterinya disahkan sudah meninggal dunia, lelaki itu menghilangkan diri.

Baca juga: Tutup dalam bekas dengan ketat masih lagi berbau- Nyaris pelancong China didenda RM1,700 oleh pihak hotel kerana bawa musang king