Pernah jatuh miskin lepas kaya ‘sekejap’, Tegar Septian mahu guna duit Big Stage sara keluarga di Indonesia

Pernah jatuh miskin lepas kaya ‘sekejap’, Tegar Septian kini tekad mahu guna duit Big Stage untuk menyara keluarganya di Indonesia. Mungkin ramai masih ingat tentang Tegar si anak kecil yang suka menyanyi di jalanan, namun namanya meletup dan popular sampai ke Malaysia disebabkan suaranya yang nyaring dan lunak.

Selepas namanya semakin dikenali sehingga mampu membawa keluarganya pindah ke kediaman yang lebih baik, Tegar dilaporkan pernah jatuh miskin semula kerana ditipu pengurusnya. Isu tersebut hebat diperkatakan sekitar tahun 2015.

Terbaru, Tegar telah memenangi tempat Kelima dalam pertandingan Big Stage dan membawa pulang hadiah bernilai RM10,000.

Memetik mStar, Tegar memberitahu bahawa dia mahu membelanjakan wang kemenangannya itu untuk menyara keluarganya di Indonesia.

Selain itu, dia juga menyatakan hasrat mahu mengusahakan perniagaan makanan secara kecil-kecilan dan membina rumah baharu untuk keluarganya.

“Apabila bertanding mesti mahu menang, tetapi saya tidak terlalu meletakkan ahrapan ke arah itu. Saya terima rezeki yang telah diberikan ini.

“Wang kemenangan ini akan saya gunakan untuk membina rumah baharu dan membuka perniagaan. Mungkin berniaga makan.

“Selain itu saya mahu beli keperluan untuk berkarya seperti sebuah gitar baharu,” katanya kepada mStar.

Tegar tak kisah jadi penyanyi jalanan semula

Sementara itu mengulas pengalamannya sepanjang lapan minggu menyertai pentas Big Stage, Tegar akui dia belajar banyak untuk bekerja lebih gigih dengan kemampuan yang dimilikinya.

Biodata Penyanyi Tegar Septian, Peserta Big Stage 2022 | Iluminasi

Dia juga berkata, walaupun sudah bergelar artis rakaman, dia tidak merasa malu untuk kembali menjadi penyanyi jalanan seperti mana yang pernah dia lakukan sebelum ini.

Menyanyi di jalanan juga katanya merupakan salah satu cara untuk dia mencari rezeki mengikut kemampuannya.

Baca juga: https://themalaysialife.com/guna-suhu-pendingin-hawa-24-26-darjah-celcius-masa-panas-tnb-jelaskan-sebabnya/

Baca juga: https://malaysiadateline.com/kenapa-mb-kedah-naik-angin-isu-konsultan-minta-yuran-daripada-kontraktor/

COMMENTS