“Pernah kena cabul dengan abang ipar, mak ayah tak pernah kisah sebab aku tak berduit”

Sebagai sebuah keluarga, perlulah saling menyokong antara satu sama lain lebih lebih lagi andai ada ahli keluarga yang sedang dilanda kesusahan atau kemalangan.

Ibu bapa yang normal pasti akan menerapkan kasih sayang sepenuhnya kepada anak-anak supaya menyayangi seluruh ahli keluarga tanpa mengira situasi.

Ia juga menunjukkan sesebuah keluarga itu dalam keadaan yang harmoni dan matang dan akan melahirkan anak anak yang hidup dalam harmoni bersama sama.

Wanita ini berkongsi kisah bahawa ahli keluarganya tidak pernah menyokong apa sahaja perbuatannya malah lebih teruk lagi sering dipergunakan.

Aku anak kedua daripada enam beradik. Kakak sulung aku dah kahwin, sekarang menetap di satu bandar, ikut suami dia yang bekerja sebagai seorang pegawai bank. Aku sekolah tak ada lah pandai mana pun.

Kalau nak dibandingkan dengan adik aku yang ketiga memang jauhlah ketinggalan aku ni. Dari kecik orang selalu bandingkan aku dengan adik beradik yang lain. Kenapa kulit tak sama cerah, kenapa tak cantik macam yang lain.

Benda tu cukup makan diri aku sikit demi sikit. Tapi bila dah besar aku tak kisah sangat dah. Habis SPM, aku bertekad nak sambung STPM. Yela, jalan singkatkan.

Tapi sayangnya mak ayah aku diuji dengan masalah kewangan.

Jadi masa aku STPM memang aku hidup susah. Orang lain ada komputer riba untuk buat kerja kursus. Aku? Diam dalam kelas dan tulis dulu ‘point – point’ penting untuk aku tulis nanti dekat siber kafe. Tapi tak apalah, aku redha, faham hidup kami susah.

Tak malu sikit pun. Orang lain pergi lawatan aku tak ikut, tak nak susahkan mak ayah. Adik aku yang ketiga, dia budak pandaikan, jadi dia bersekolah asrama penuh, sama juga dengan adik yang keempat dan kelima yang merupakan kembar.

Disebabkan diorang ada di asrama, apa-apa keperluan diorang mak ayah aku dan penuhi dulu. Aku pun tak kisah, asal adik-adik aku senang, belajar elok – elok aku tak kisah. Sampailah satu hari, aku tamatlah STPM, sementara tunggu STPM memang aku tak kerja sambilan ke apa, sebab mak ayah suruh tolong diorang di kedai yang baru diorang usahakan.

Adalah sikit modal simpanan campur dengan pinjaman Amanah Ikhtiar yang diorang buat. Aku tak kisah, suka lagi ada. Walaupun hati nak jugak macam kawan-kawan, keluar bekerja sendiri. Bila keluar keputvsan STPM, aku buat keputusan tak sambung belajar, memandangkan aku tengok mak ayah aku masih bergelut dengan masalah kewangan diorang.

Yela, pinjaman AIM tu kena bayar tiap minggu, adik-adik sekolah lagi, sewa rumah dah banyak bulan tertunggak. Kalau aku sambung ijazah, m4kin banyak duit mak ayah aku nak pakai. Jadi aku berkorban, demi adik-adik aku rela tak sambung belajar walaupun keputusan aku cemerlang.

Tapi kadang-kadang aku rasa menyesal aku berkorban, sebab orang langsung tak hargai aku. Bahkan mak aku sendiri. Selalu banding – bandingkan aku dengan adik beradik aku yang lain. Selalu buat aku terasa hati. Kadang-kadang aku fikir, tak cukup baik ke aku sebagai anak?

Bangun pagi, masak sarapan, kemas rumah, siapkan barang-barang nak niaga petang nanti, dah petang balik rumah kadang-kadang masak lagi. Tapi ada je yang tak kena di mata mak aku, asyik bebel. Kalau orang lain tengok mak aku, kemudian aku cerita yang mak aku pilih kasih, m4mpus la orang tak percaya.

Satu tahun tu mak aku suruh aku bertunang dengan kekasih aku. Aku pun heran, kenapa tiba-tiba. Kekasih aku, aku gelar sebagai Mat. Mat baru dapat kerja, kerja pun biasa je. Tapi dah mak aku suruh, bertunanglah kami.

Hari kejadian tu, pihak lelaki tanya bila nak buat majlis nikahnya, belah perempuan cakap ‘kita serah pada budak-budak je.’ Budak-budak tu aku dengan Mat lah. Aku bertunang bulan 6. Dan bila bincang dengan mak aku dia suruh aku cari bulan yang mana pinjaman AIM dia dah habis bayar.

Banyak kali aku comfirmkan dengan mak aku. Betul ke bulan sekian – sekian dah habis. Dia cakap betul. Jadi aku bincang-bincang, dapatlah satu tarikh ni iaitu bulan 8 tahun hadapan. Kalau negeri aku Terengganu, bertunang sampai setahun lebih tu memang cukup lamalah.

Sampai satu hari mak aku cakap, yang pinjaman AIM, dia belum habis lagi, pada bulan 8, dijangka habis bulan 11, dan minta aku tangguh majlis kitorang. Aku nak tangguh? Muka ni dah tahan malu orang duk tanya kenapa aku tunang lama, campur pulak dengan Mat asyik g4duh je bila dah tunang ni, ujian bertunang kami.

Lagi 2 bulan nak kawin, adalah sikit persiapan yang aku dah buat. Tu pun bukan duit mak ayah aku, duit aku cari sendiri buat part time niaga online. Nak kerja mak ayah aku tak bagi sebab tak ada orang tolong dia meniaga.

Rupanya mak aku dengan kakak sulung aku selalu bercakap tentang aku. Mak aku cakap aku dengan Mat pandai – pandai je tetapkan tarikh tak bincang dengan dia. Siap booking segala bagai. Padahal yang kami booking hanya photographer, itu pun dah bulan 5 kami booking.

Kalau tak setuju dengan tarikh yang aku cadangkan dekat dia hari tu, kenapa tak cakap awal-awal? Sepanjang lepas tunang dengan sebelum aku booking tu dia boleh je nak cakap tunda ke ape. Kakak sulung aku pulak siap bandingkan dengan dia yang tetap tarikh kahwin mak dengan ayah aku.

Lagi lah membara hati orang tua. Banyak yang diorang borak sampai aku tak sanggup nak ingat, tapi ada satu ayat yang aku ingat ‘dia tahu nak tekan mak supaya dapat duit je’. Aku? Tekan mak aku? Masa sekolah dulu pun aku nak pergi siber kafe buat kerja kursus, tak mintak duit dengan dia, pakai duit belanja sekolah yang mana ada je.

Seingat aku, aku nak la apa-apa, aku tak pernah tekan mak ayah aku. Beg, baju, baju sukan, adik-adik aku tiap tahun tukar yang baru. Aku tak pernah minta pun. Sampai satu masa mak aku cakap yang aku tekan dia macam tu, terasa hati aku.

Banyak benda jadi yang mak dan kakak sulung aku buat sampai aku terasa hati. Kadang-kadang bukan dua orang tu je, adik beradik yang lain pun sama, tapi aku anggap diorang kecik lagi tak tahu apa-apa. Akak aku pertikai kenapa aku tak nak guna duit hantaran aku buat belanja kahwin.

Adat negeri kami, duit hantaran memang 100% dapat dekat pengantin perempuan, bukan untuk buat majlis. Aku bukan tak nak guna duit tu, tapi masalahnya duit tu nantilah aku nak guna buat beli kend3raan. Si Mat, moto pun tak ada you.

Mak aku pun sedar benda tu. Habis tu dah kawin tak kan nak guna kend3raan mak ayah lagi. Banyak benda dekat majlis aku, aku potong dari budget. Tak buat sanding, hidden hantaran tapi dalam tu tak ada pun barang hantaran. Yela nak jimatkan.

Cincin kahwin Mat pun aku beli yang dah siap. Bukan macam abang long aku yang mak ayah aku siap tempah, design sendiri cincin kahwin tu. Batu permata bukan sebarangan. Sepanjang aku tolong mak ayah niaga, tak pernah sekali pun aku songlap duit diorang. Tak kan diorang tak nampak aku dah banyak berkorban.

Kalau ikut hati nak je aku buat majlis grand – grand macam kakak aku kahwin hari tu. Tapi tu la, siapa nak bagi duit?. Kakak aku kawin, siap buat dekat dewan, outfit tempah khas yang baru. Semua lengkaplah pendek kata.

Kakak aku pernah persoalkan pasal Mat. Dah kerja berapa tahun tapi tak ada simpanan. Macam mana nak ada simpanan? Kalau mak ayah aku asyik pinjam je duit dia. Pinjam je, bayar baliknya tak. Kadang-kadang aku malu, malu sangat dengan Mat. Tapi dia faham keadaan keluaga aku.

Ayah aku janji. Dah dapat keluarkan duit simpanan KWSP, dia nak bayar balik duit Mat, nak bagi sikit dekat aku buat belanja kawin. Sekali, h4ram tak dakk weyy. Pastu lagi mak aku cakap aku yang menyusahkan dia sebab nak kahwin. Ahh! Penat. Aku penat dengan keluarga aku sendiri.

Jenis mak aku pulak, kadang-kadang batu api. Apa-apa jadi pegi cerita dekat akak aku, kalau cerita benda betul ye jugak. Si sewel tu pun bodoh jugak dengar sebelah pihak. Sikap mak dengan akak aku buat aku jadi tak percaya diorang. Perwatakkan lembut je. Tapi hakik4t hati? Em tuhan jela yang tahu.

Lepas aku dah kahwin, aku dah malas ambik tahu pasal diorang. Bukan taknak berhubung langsung. Cuma tak kan lagi berkorban, korban masa muda, korban duit simpanan. Biar diorang buka mata, siapa yang banyak tolong keluarga.

Sebenarnya ada satu tragedi, cehh tragedi. Aku pernah keluar dengan abang ipar aku kononnya kami nak buat k3jutan dekat mak sebab hari lahir dia. Jadi kakak aku plan, aku dengan abang ipar aku keluar cari kek, yang lain dekat rumah siap – siaplah. Jadi kami berdua singgahlah satu mall ni beli kek dekat Harold’s.

Siap beli kek, aku call akak aku dan diorang belum siap setup semua benda. Jadi kitorang duduk dalam kereta borak-borak macam biasa sebab aku dulu couple dengan kawan abang ipar aku ni. So bercakap pasal dia lah, sambil minum kopi yang kitorang beli dekat mall tadi.

Tiba-tiba abang ipar aku cuba buat benda tak senonoh pada aku. Berulang kali aku tolak dia. Dia tetap merayu – rayu. Then last sekali aku cakap, ‘abang long, orang hormat abang, macam abang sendiri, jangan la macam ni’, jadi dia lepas dan kami balik.

Sepanjang malam memang aku tak boleh tido. Aku cerita pada Mat, mengucap panjang kawan tu. Tak sangka, sebab kami rapat macam adik beradik. Esoknya aku cerita dekat mak ayah. Bila diorang dah balik. Mak ayah terk3jut.

Tapi mak ayah cakap ‘nak buat macam mana, takkan kes ni je dia nak suruh akak aku bercerai’ okey fahamlah. But satu hari aku terdengar perbualan mak dengan ayah aku.

“Macam mana perasaan along kalau tahu ni”

“Kita pun tak boleh terburu-buru angah mesti tr4uma jugak”

“Biarlah angah tu, dah besar, boleh dia hadap sendiri, masalah sekarang ni along”

Jadi? Korang nilai lah sendiri, penting tak aku di mata mak aku sebenarnya. – Ikan Kembung (Bukan nama sebenar)

Baca juga: “Aku nekad nak isteri aku lenyap malam tu juga, aku cuma nak bahagia dengan Mia sorang”