Susulan kes pemandu bas yang merakam video kanak-kanak tular di laman sosial, terlalu ramai yang berpandangan ia adalah sebahagiaan daripada jenayah pedofilia.
Ia berikutan data kes rogol membabitkan mangsa di bawah umur daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), sebanyak 3,420 mangsa rogol direkodkan bagi tempoh 2021 hingga 2022.
Namun, pasti ramai yang tidak mengetahui pesalah pedofilia Richard Huckle yang berselindung di sebalik kerjaya guru bahasa inggeris.
Lelaki ini menjadi terkenal secara tiba-tiba kerana didakwa dan ditangkap sejurus baru pulang ke tanah air dari Malaysia ketika cuti krismas pada disember 2014.
Dia ditahan oleh pihak berkuasa kerana melakukan penderaan seksual terhadap 200 kanak-kanak di Malaysia yang rata-ratanya adalah dari komuniti miskin.
Pesalah pedofilia itu turut dihukum penjara seumur hidup dengan lebih 23 hukuman penjara selepas mengaku bersalah atas 71 pertuduhan kesalahan seks kanak-kanak.
Antara kesalahan yang dihadapi adalah 22 tuduhan rogol terhadap kanak-kanak semasa menjadi sukarelawan dengan komunti Kristian miskin di Kuala Lumpur. Huckle memuat naik gambar-gambar penderaan terhadap kanak-kanak di sebuah laman web, dengan mangsa paling muda dipercayai berumur kira-kira enam bulan.
Richard bagaimanapun ditemui mati dibunuh di dalam sel penjaranya oleh rakan sepenjara di utara England dengan kesan tikaman berkali-kali menggunakan pisau buatannya sendiri.
Baca juga: Pernah didakwa hina agama Islam pada 2018, Teresa Kok bakal saman Jakim?