Pernah susah semasa belajar, penjual nasi lemak ikhlas beri makanan kepada pelajar. Dia berkongsi rezeki dengan memberi makanan percuma setiap hari kepada 10 pelajar yang menghadapi kesukaran.
Setelah mengalami kesusahan kewangan sebagai seorang pelajar, seorang penjual nasi lemak di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor, memutuskan untuk berbakti kepada masyarakat kini dia mampu berbuat demikian.
Siti Aishah Othman, 32, yang sudah sebulan berniaga di UTM berkata, sebelum ini dia memberi makanan itu secara diam-diam.
Kemurahan hatinya menjadi tular di media sosial selepas nota kecil dilihat disiarkan di gerai itu, meminta pelajar yang tidak mempunyai wang untuk tidak kelaparan dan menawarkan untuk membantu mereka.
“Pelajar, jika anda tidak mempunyai wang, jangan berlapar. Mari sini, beritahu saya, saya akan bayar. Saya juga pernah menjadi pelajar. Jangan malu,” tulis Aishah.
Terharu dengan keikhlasan gerak gerinya, pengguna media sosial mendoakan agar rezekinya berkembang.
Menurut FMT, Aishah memberitahu bahawa niatnya hanyalah untuk beramal.
Katanya, apabila kisahnya menjadi viral, ada pihak lain yang menyumbangkan wang supaya dia dapat memberi lebih banyak makanan percuma.
Aishah dapat mengenal pasti pelajar yang tidak cukup wang untuk makan, kerana ada yang hanya membeli nasi lemak dengan harga RM1 setiap hari.
“Ada kalanya, ada yang membayar menggunakan syiling. Mereka tidak berkongsi masalah mereka, “katanya.
“Tetapi saya juga pernah menghadapi kesukaran, jadi saya boleh faham. Jika mereka mampu, mereka tidak akan makan benda yang sama, yang juga paling murah, setiap hari.”
Aishah menjual nasi lemak setiap Ahad hingga Khamis.
Katanya, nasi lemak paling murah di gerainya dijual pada harga RM1 termasuk telur, kacang tanah, ikan bilis, timun dan sambal.
Beliau berharap dapat membantu lebih ramai pelajar yang menghadapi kesukaran pada masa akan datang dan terus menggunakan dana yang disumbangkan mengikut kehendak penderma.
Baca Juga: Thailand beri 1 juta ganja untuk kempen
Baca Juga: Tauke sarung tangan getah rugi RM25 bilion sejak Covid-19 mula mereda