Pertama kali tengok Agong dan Raja Permaisuri baca berita, boleh tahan kalah pembaca berita TV3

Pertama kali tengok Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah baca berita malam tadi, boleh tahan kalah pembaca berita TV3.

Baginda berdua telah mencemar duli menerima undangan istimewa daripada Bilik Berita Media Prima untuk menyampaikan berita.

Slot khas Buletin Diraja itu disiarkan secara eksklusif di Buletin Utama, malam tadi.

Terdahulu, baginda berdua berkenan berangkat mengadakan kunjungan diraja ke Sri Pentas, Bandar Utama, di sini, hari ini.

Keberangkatan tiba pasangan diraja itu disambut pengurusan kanan dan warga kerja Media Prima Berhad (MPB) sebaik tiba kira-kira jam 10:20 pagi.

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah beramah mesra dengan kakitangan Media Prima Berhad yang turut menyambut ketibaan baginda berdua, dipetik Buletin TV3.

Baginda berdua juga berkenan meluangkan masa dalam sesi fotografi bersama pengurusan kanan MPB, sebelum menerima cendera kenangan berupa ‘Royal Excess Tonton’ dan bingkai keratan berita mengenai aktiviti baginda berdua yang disiarkan di akhbar Harian Metro dan Berita Harian (BH) sebagai tanda penghargaan.

Dalam lawatan berkenaan, Baginda berdua turut diberikan taklimat berkaitan operasi Media Prima dan dibawa melihat Konti Radio, Media Prima Audio yang menempatkan rangkaian Hot FM, Kool 101, Molek Fm, Fly Fm dan Eight Fm.

Selain dibawa ke Bilik Berita Media Prima yang menempatkan studio program berita terbitan TV3, TV9 dan 8TV.

Baca juga: Senyap-senyap McDonald’s di Shah Alam pula ditutup