Seramai tujuh peserta masih bertahan dalam Pertandingan Penduduk Paling Malas di Montenegro, yang telah memasuki hari ke-21.
Penganjur Mico Blagojevic mengatakan ini adalah pertandingan pertama yang diadakan selepas ia diadakan 12 tahun lalu.
Ia juga diadakan sebagai sebagai cara menyindir dan mempersendakan mitos bahawa orang Montenegro adalah pemalas.
Peserta, Aksic, 38, berkata, dia tidak ada masalah dan mahu terus berjuang dalam pertandingan itu.
“Kami semua baik-baik saja dan tiada masalah kesihatan.
“Mereka (penganjur) ‘memanjakan’ kami dan apa yang perlu kami lakukan hanya terus berbaring,” katanya kepada Reuters.
Bagi Filip Knezevic, yang berusia 23 tahun dan berasal dari bandar utara Mojkovac, dia sangat bersemangat kerana ini adalah peluang pertamanya untuk menyertai pertandingan unik tersebut.
“Kami mempunyai semua yang kami perlukan di sini, malah masa berlalu dengan cepat.
“Saya yakin akan memenangi hadiah 1,000 euro (RM5,013.34),” katanya.
Pada awal pertandingan pertengahan bulan Ogos lalu, sebanyak 21 peserta mengambil bahagian.
Namun, jumlah peserta tersebut telah berkurang menjadi hanya tujuh orang yang bertahan dengan terus berbaring di atas tanah.
Peserta dalam pertandingan tersebut dibenarkan untuk makan, minum, menggunakan peranti mereka, dan membaca, dengan syarat mereka harus melakukan semua itu sambil berbaring di tempat yang telah disediakan.
Mereka dibenarkan untuk berehat di bilik mandi sekali setiap lapan jam. Namun, jika mereka ditemukan duduk atau berdiri di luar dari tempat yang telah ditentukan, mereka akan kehilangan kelayakan serta-merta dalam pertandingan tersebut.
Rekod sebelum ini dipegang oleh Dubravka Aleksic, yang bertahan dengan berada di atas katil selama 117 jam pada tahun 2021 dan rekod terbaru menunjukkan para peserta kali ini telah bertahan selama 460 jam.