Tidak terlewat lagi untuk menceritakan perihal sekolah dilihat menganjurkan pertandingan fesyen sempena bulan kemerdekaan dan Hari Malaysia yang lepas.
Malah masih ada lagi ibu bapa menyediakan pakaian lambang kemerdekaan negara, lihat saja di mana-mana platform media sosial.
Pasti ada saja cerita tentang pertandingan fesyen sempena bulan kemerdekaan yang memaparkan keunikan pakaian para peserta.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok memaparkan keunikan pakaian seorang peserta pertandingan fesyen di sekolahnya.
Lihat video tersebut di bawah:
Hasil idea kreatif ibu pelajar tersebut
Menerusi video tersebut, kelihatan pelajar perempuan itu meragakan pakaian tersebut dengan berpusing di atas pentas.
Apa yang menarik adalah, pakaiannya berubah menjadi pakaian lain yang mempunyai tema bendera Jalur Gemilang. Kapsyen yang ditulis oleh ibunya di TikTok juga menunjukkan bahawa idea itu datang dari ibu pelajar tersebut.
“Mesti orang lain ingat biasa je dress dia, sekali haa. Tepuk” – Netizen
Susulan tularnya video tersebut di TikTok, ia telah meraih sehingga 736.2K views, 30.4K likes dan 1.4K shares.
Rata-rata komen yang diberikan netizen di TikTok kreativiti pakaian yang dihasilkan itu.
Baca juga: Mydin tawarkan diskaun khas kepada para media dengan syarat…